Terdapat tiga komponen utama
asid lemak omega-3 iaitu:-
1) Asid O-Linolek (ALA)
2) Asid Eicopentaenoik (EPA)
3) Asid Dokosoheksonoik (DHA)
Asid lemak terbahagi kepada 2
bahagian iaitu:-
1) Tepu (saturated)
2) Tidak Tepu (unsaturated)
Kebaikan Asid Lemak
Omega-3 Terhadap Kesihatan Manusia
Antara kebaikan asid lemak
omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain
mengurangkan risiko penyakit barah
dan jantung adalah:-
- Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat
bagi fetus dan bayi
- Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko
artheroskleriosis
- Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit
rheumatoid arthritis
- Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit
yang kronik)
- Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang
- Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit
kencing manis yang bergantung pada insulin
- Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan
fungsi biologi
- Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang
berkaitan dengan usia
- Menggalakkan kecerdasan fikiran